Bulu Hidung: Adakah ia suatu bentuk gangguan?

nose hair

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga anda semua sentiasa di rahmati Allah. Lebih-lebih lagi di malam awal Muharam 1440H.

Topik pada hari ini adalah “Bulu Hidung”. Seperti mana semua orang maklum bahawa ia merupakan bahagian rambut pada tubuh manusia yang terletak sedikit tersembunyi iaitu berada di dalam rongga hidung kita. Bagi sesetengah orang beranggapan bahawa bulu hidung yang lebat dan panjang adalah sesuatu yang menggelikan serta merosakkan penampilan seseorang. Ini membuat ramai orang bertindak untuk mencabutnya. Tetapi hakikat sebenarnya bulu hidung mempunyai pelbagai fungsi yang mana boleh menjadikan kita semua kekal sihat.

Sebenarnya bulu hidung amat penting dalam kesihatan kita semua. Antaranya ialah:

  1. Bertindak sebagai penapis udara pernafasan kita. Ibarat seperti “air filter” dalam sesebuah kereta. Berfungsi untuk menyekat kemasukan bahan-bahan asing seperti habuk, kuman dan sebagainya dari masuk ke dalam paru-paru. Ini boleh mencegah dari serangan asma (seasonal rhinitis), resdung (sinus) ataupun jangkitan paru-paru (pneumonia).
  2. Mengekalkan kelembapan di dalam hidung kita. Meningkatkan lagi fungsi penapisan.
  3. Bulu hidung bersama otot sekeliling membantu mengeluarkan kekotoran keluar dari rongga hidung kita. Mencegah dari bahan asing ke dalam paru-paru. Mempertingkatkan kesihatan sistem pernafasan manusia.

Kesimpulannya:

Jangan sesekali cuba mencabut bulu hidung anda tetapi sebaiknya hanya dipotong atau di trim sahaja sekiranya ia begitu panjang atau mengganggu penampilan atau kehidupan harian anda.