Kontraseptif: Manakah pilihan anda?

Planning

Assalamualaikum dan salam 1 Muharam 1440H.

Dikesempatan ini, saya ingin bercerita sedikit berkaitan dengan kontraseptif. Apa yang dimaksudkan dengan kontraseptif sebenarnya. Mungkin kebanyakkan sudah tahu tapi mungkin juga ada yang tidak.

Secara mudahnya maksud perkataan kontraseptif adalah mencegah kehamilan (prevent pregnancy) atau juga dikenali sebagai perancang keluarga. Mungkin ada dikalangan kita masih keliru untuk membuat pilhan kaedah kontraseptif yang sesuai. Sebagai panduan semua, ada pelbagai cara atau alat pencegahan kehamilan yang boleh digunakan.

Antaranya adalah:

  1. Pil Perancang – dimakan 1 biji sehari selama 21 hari, berhenti selama 7 hari dan ulang semula  – paling simple tetapi sesuai bagi mereka yang betul-betul taat serta displin pada jadual.pill.jpg
  2. Suntikan hormon – suntikan diberi setiap 2 bulan – sesuai bagi mereka yang asyik terlepas makan pil jer.depo
  3. Implan – kapsul hormon diselitkan di bawah kulit lengan wanita – sesuai untuk jangkamasa panjang.Implan
  4. Alat Dalam Rahim (IUCD) – dimasukkan oleh petugas kesihatan terlatih, wanita perlu merasakan benang IUCD – boleh 2-5 tahun dan sesuai bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi dsb.iucd.jpg
  5. Kondom – pakai jer bila bersama – kaedah sementara.
  6. Kaedah Azal (Withdrawal) – buang kat luar – kurang berkesan
  7. Ritma atau Masa Selamat – wanita menentukan waktu subur dengan menyimpan rekod pusingan haid yang lalu (bagi mereka yang haid yang tetap) – perlu displin yang tinggi, sesuai bagi mereka yang tidak boleh menggunakan kaedah yang lain.
  8. Ligasi Tubal – pembedahan ringkas, tidak mengganggu kesihatan dan hubungan seksual – merupakan kaedah yang kekal, sesuai untuk yang mempunyai penyakit yang kronik serta mempunyai bilangan anak yang dah cukup – kaedah ini juga meningkatkan kepuasan hubungan seks.btl.jpg

Pemilihan cara kontraseptif bergantung kepada kesesuaian serta status kesihatan masing-masing.

Kebaikan kontraseptif:

  • Mengurangkan kadar kematian ibu dan anak.
  • Menjamin kesihatan ibu dan anak.
  • Membolehkan ibu merancang kelahiran pada peringkat umur yang selamat
  • Mengelakkan kelahiran yang tidak diingini
  • Mencegah pengguguran

Selamat mencuba……….