Exercise: Kesilapan yang sering dilakukan.

As Salam. Selamat pagi semoga anda semua sihat-sihat saja di hari-hari cuti ni. Mungkin masing-masing mempunyai plan tersendiri. Bersama keluarga, berjalan-jalan dan mungkin juga melakukan aktiviti riadah atau exercise sendirian atau bersama keluarga. Maklumlah sekarang ini ramai antara kita telah menyedari betapa pentingnya cara hidup yang sihat. Soalannya adakah kita semua mengamalkan cara exercise yang betul?

Sepertimana dalam blog saya sebelum ini, kepada mereka yang mengikutinya, cara untuk hilangkan lemak badan merangkumi 3 step iaitu:

👉🏻Intermittent Fasting (sila klik)

👉🏻Diet – Low Carb High Fat (sila klik)

👉🏻Exercise

Bermacam exercise yang boleh kita lakukan bergantung kepada cara masing2, kemudahan peralatan dan sebagainya. Saya sendiri lebih suka aktiviti berbasikal dan hiking (bukit kecil jer seperti Bukit Keluang Besut). Secara x langsung aktiviti ini telah berjaya meningkatkan stamina dan keupayaan jantung saya. Ramai pula yang melakukan exercise semata-mata untuk kurus.

Ok, kali ini saya ingin berkongsi sedikit dengan tuan-tuan & puan-puan antara kesilapan yang sering dilakukan dalam exercise.

Rata-rata antara kita ini mengambil makanan sebelum exercise kononnya badan kita memerlukan gula untuk menjana tenaga. Sebenarnya badan kita ini sudah cukup tenaga yang tersimpan (iaitu lemak). Sekiranya kita mengambil makanan terlebih dahulu, badan kita akan menggunapakai gula hasil dari makanan tadi dan tidak akan membakar lemak yang tersimpan. Sebaliknya tanpa mengambil makanan terlebih dahulu, semasa exercise badan kita kita akan mengambil gula dari saki baki yang ada hasil dari makanan kita yang sebelumnya dan akan mencari sumber tersimpan. Di sini lah lemak tersimpan akan terbakar dan digunakan dengan jayanya. Kurang faham? Ok, sebagai perumpamaan, bila kita ke kedai untuk membeli sesuatu barang kita akan menggunakan wang di dalam poket kita. Bila tidak cukup atau habis wang tersebut kita akan mengambil wang lain dari bank untuk meneruskan pembeliaan kita tadi. Wang poket adalah gula dalam badan kita manakala wang dalam bank pula adalah lemak badan. Harap anda memahaminya. Itu tidak merangkumi kuantiti makanan yang kita makan. Sebagai contoh, sebiji roti canai telur memerlukan 8 km berjalan kaki untuk menghabiskan kalori yang terhasil. Ini tidak termasuk minuman manis lagi. Cuba bayangkan, katakanlah dengan berjogging kita telah membakar 300 kalori tetapi makanan yang kita ambil berjumlah 600 kalori (tu kira sikit tu, roti canai saja 300-400 kalori). Lebihan kalori tadi akan disimpan sebagai lemak badan. Kesilapan ini lah yang menyebabkan ramai antara kita tidak berjaya menurunkan berat badan seperti mana yang diidamkan malah silap-silap boleh menambahkan berat badan pula.

Tips💥Untuk bakar lemak dengan semula jadi dan berjaya tanpa belanja, ikutilah 3 step saya tadi.

Nota 💥 Paling penting adalah pengambilan air tanpa kalori iaitu air kosong/mineral ketika exercise. Jangan lupa letak sedikit garam di dalamnya. Ini akan mengembalikan tenaga anda.

Sila Lihat: Bagaimana menjadikan senaman sebagai rutin harian.

Semoga berjaya.