Hilangkan Lemak Perut – 20 tips paling berkesan

How-to-lose-belly-fat-839166

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ini saya ingin berkongsi sedikit berkaitan Lemak Perut atau Belly Fat.

👀Lemak perut (belly fat) adalah lebih merupakan suatu gangguan yang menyebabkan segala pakaian anda menjadi ketat.

Jenis lemak ini juga dikenali sebagai lemak visceral. 💥Ia merupakan suatu faktor risiko major kepada penyakit diabetes jenis 2, penyakit jantung dan penyakit2 lain lagi.

Kebanyakan organisasi kesihatan menggunapakai BMI (body mass index) sebagai ukuran berat badan dan ramalan risiko untuk penyakit metabolik.👩‍⚕️

Walaubagaimanapun, ia merupakan suatu tanggapan yang kurang tepat, kerana kebanyakkan individu yang mempunyai lebihan lemak perut sebenarnya lebih berisiko tinggi untuk pelbagai penyakit walaupun luarannya kelihatan kurus.💣

Ramai di kalangan kita berkeinginan untuk mengurangkan lemak perut tetapi ramai yang mengalami kesukaran untuk melakukannya. Sebenarnya ada beberapa kaedah yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan lebihan lemak perut atau lemak abdomen in. Ianya mudah dan amat berkesan.

💥Di sini terdapat 20 tips yang berkesan untuk menghilangkan lemak perut.

  1. Makan banyak serat boleh larut (soluble fiber).
    • 👉Serat boleh larut boleh membantu anda mengurangkan berat dengan meningkatkan kekenyangan dan mengurangkan penyerapan kalori.
  2. Elak dari makanan yang mempunyai lemak trans.
    • 👉Lemak ini (seperti marjerin) berhubungkait dengan keradangan, penyakit jantung, kerintangan insulin dan peningkatan lemak perut.
  3. Jangan minum terlalu banyak alkohol (bagi bukan Islam).
  4. Mengambil diet tinggi protein.
    • 👉Pengambilan makanan tinggi protein akan meningkatkan hormon peptide YY dimana ia akan mengurangkan selera makan dan menggalakkan kekenyangan.
  5. Kurangkan tahap tekanan (stress).
    • 👉Stres akan menggalakkan peningkatan lemak disekeliling pinggang anda dengan mencetus kelenjar adrenal untuk menghasilkan hormon kortisol. Hormon kortisol ini akan meningkatkan selera makan dan simpanan lemak perut.
  6. Jangan makan makanan tinggi gula.
    • 👉Lebihan pengambilan gula adalah penyebab utama peningkatan berat badan.
  7. Lakukan senaman jantung
    • 👉Antara cara yang berkesan untuk pembakaran kalori dan menjadikan jantung lebih sihat.
  8. Kurangkan makanan berkanji (karbohidrat) – Low Carb Diet (sila klik)👉Pengambilan yang tinggi berkaitan dengan berlebihan lemak perut.
  9. Menggunakan minyak kelapa.
  10. Lakukan resistance training (angkat berat)
  11. Elakkan minuman manis
  12. Banyakkan tidur rehat.
    • 👉Kekurangan tidur berkait dengan risiko peningkatan berat badan.
  13. Mengesan serta memerhatikan pengambilan makanan dan senaman anda.
    • 👉Adalah idea yang bagus untuk kesan pengambilan makanan anda melalui diari makanan. Ini membantu anda mengetahui pemakanan anda.
  14. Makan ikan tinggi lemak setiap minggu.
    • 👉Kaya dengan protein berkualiti tinggi dan lemak omega 3 dimana ia melindungi anda dari pelbagai penyakit dan mengurangkan lemak visceral.
  15. Berhenti dari meminum jus buah.
    • 👉Walaupun buah-buahan mengandungi banyak vitamin dan mineral tetapi ia juga mengandungi tinggi gula.
  16. Tambahkan cuka epal (cider vinegar) dalam diet anda.
    • 👉Akan merendahkan kandungan gula dalam darah dimana akan mengurangkan penghasilan lemak perut.
  17. Makan makanan probiotik atau supplement probiotik.
    • 👉Akan meningkatkan kesihatan sistem penghadaman dan meningkatkan fungsi imun.
  18. Cuba intermittent fasting (IF). – Sila klik👉Cara pemakanan ini begitu popular untuk pengurangan berat badan.
  19. Minun teh hijau.
  20. Ubah cara hidup yang sihat

Jom jadi orang sihat-sihat

💥Tiada penyelesaian ajaib untuk menghilangkan lemak perut. Pengurangan berat badan memerlukan sedikit usaha, komitmen dan ketabahan diri. Kejayaan menggunapakai sebahagian atau kesemua strategi dan matlamat cara hidup sihat di dalam artikel ini akan membantu anda untuk menghilangkan lebihan berat di sekeliling pinggang anda.

Sekian. Selamat mencuba..👏 Jangan lupa follow deh…. Tq

Rujukan: http://www.healthline.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s