Benarkah Makanan Berlemak Berbahaya Kepada Kesihatan? 10 Makanan Tinggi Lemak Yang Sebenarnya ‘Super’ Sihat

lemak-sihat.jpg

😈Sejak lemak dipersalahkan, orang ramai mula mengambil makanan tinggi gula, karbohidrat bertapis (refined carbohydrate) dan makanan proses.

👉Kesannya, seluruh dunia menjadi gemuk dan berpenyakit.

Walaubagaimanapun, keadaan telah berubah. Kajian sekarang mendapati lemak, termasuk lemak tepu, tidak lagi menjadi ‘penjahat’ sepertimana anggapan sebelum ini.☝️

Semua jenis makanan yang mengandungi lemak sekarang ini telah bertukar menjadi makanan yang amat menyihatkan (superfood).💪

Ini adalah 10 makanan tinggi lemak yang sebenarnya yang sangat sihat dan berkhasiat.

  1. Avocados
    • 👍Tidak sepertimana kebanyakan buah lain yang mengandungi tinggi karbohidrat, buah avocados mempunyai kandungan lemak yang tinggi (77%). Asid lemak utamanya adalah ‘monosaturated fat’ yang dikenali sebagai ‘oleic acid’ iaitu sama sepertimana di dalam minyak zaitun. Avocados juga adalah sumber terbaik untuk potassium dan serat. Sangat baik untuk kesihatan jantung anda.
  2. Keju
    • 👍Sangat menyihatkan, Sekeping keju sahaja bersamaan dengan khasiat segelas susu. Keju merupakan sumber yang hebat untuk vitamin, mineral, protein berkualiti dan lemak sihat. Selain dari kesihatan jantung, ia juga mengurangkan risiko untuk Diabetes Jenis 2.
  3. Dark Coklat
    • 👍Sangat tinggi lemak (65% kalori). Selain kaya dengan vitamin dan mineral, ia juga mengandungi tinggi antioxidant mengatasi blueberries. Sangat berkesan dalam meningkatkan kesihatan jantung.
  4. Telur
    • 👍Sebelum ini telur dianggap sebagai makanan yang tidak sihat kerana kandungan telur kuningnya yang tinggi kolestrol dan lemak. Hakikatnya, sebiji telur mengandungi 212 mg kolestrol iaitu 71% daripada keperluan harian. Di tambah lagi 62% kalori sebiji telur adalah dari lemak. Mengikut kajian yang dijalankan, kolestrol telur tiada kaitan dengan kolestrol di dalam darah. Ia juga kaya dengan vitamin dan mineral. Mengandungi antioxidant yang memelihara mata. Telur juga adalah ‘weight loss friendly food’.
  5. Ikan Lemak (Fatty Fish)
    • 👍Ia adalah antara produk haiwan yang berkhasiat. Ikan lemak seperti salmon, kaya dengen nutrien terutamanya asid lemak omega 3.
  6. Kekacang
    • 👍Ia kaya dengen lemak, protein, vitamin E dan magnesium dimana ia merendahkan risiko pelbagai penyakit seperti obesiti, penyakit jantung dan diabetes jenis 2.
  7. Biji Chia
    • 👍Ia mengandungi tinggi lemak sihat, terutamanya asid lemak omega 3 yang dikenali sebagai ALA. Ia juga kaya dengan serat serta mineral.
  8. Minyak Zaitun (Extra Virgin Olive Oil)
    • 👍Ia meningkatkan kesihatan jantung.
  9. Kelapa dan Minyak Kelapa
    • 👍Ia merupakan antara makanan yang terkaya dengan lemak tepu (90%) di muka bumi ini. Lemak kelapa sebenarnya berbeza dengan lemak biasa dan mengandungi asid lemak ‘medium chain’. Asid lemak ini dimetabolismekan secara berbeza iaitu terus ke hati di mana ia akan bertukar menjadi ‘ketone bodies’. Boleh mengurangkan selera makan, meningkatkan pembakaran lemak dan memberikan banyak faedah kesihatan.
  10. Yogurt Lemak Penuh (Full Fat)
    • 👍Sangat berkhasiat. Ia mengandungi nutrient penting dan juga bakteria probiotik. Meningkatkan kesihatan penghadaman dan merendahkan penyakit jantung serta obesiti. Tapi kebanyakan yogurt di pasaran adalah rendah lemak dan mengandungi gula tambahan di mana ia tidak menyihatkan.

Sekian. Selamat mencuba..👏 Jangan lupa follow deh…. Tq👌

Sila Lihat: Low Carb High Fat Diet

Rujukan: http://www.healthline.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s