15 Sebab Utama Mengapa Anda Gagal Turunkan Berat Badan Dengan Diet Rendah Karbohidrat

frustrated-woman-with-scale-e1432139751166.jpg

Diet rendah karbohidrat adalah sangat berkesan dan effektif. Ia adalah suatu fakta sains yang telah terbukti.

Walaubagaimanapun, seperti mana2 diet, kadangkala sesetengah orang penurunan berat badan terhenti sebelum mencapai berat yang dihajati.

Di sini terdapat 15 sebab utama mengapa anda tidak turun berat badan dengan diet rendah karbohidrat.

  1. Anda telah kehilangan lemak, anda hanya tidak menyedarinya
    • Kebanyakan orang akan turun berat badan dalam minggu pertama dengan diet rendah karbohidrat, tetapi sebenarnya adalah berat air. Kadar turun berat badan akan perlahan dan akan ketara selepas fasa permulaan tadi. Turun berat badan sebenarnya tidak sama dengan hilang lemak. Untuk menentukan anda telah kehilangan lemak adalah bukan sekadar menggunakan timbangan tetapi dengan cara lain seperti saiz ukur lilit pinggang. Cara lain adalah pengambilan gambar sebelum dan selepas dan saiz pakaian kita, longgar atau ketat. Penurunan berat adalah tidak linear, yang penting adalah kesabaran.
  2. Tidak mengurangkan pengambilan karbohidrat secukupnya
    • Setiap individu berbeza kadar sensitiviti terhadap karbohidrat. Sekiranya  anda telah mengambil diet rendah karbohidrat tetapi berat badan mendatar, anda perlu mengurangkan lagi pengambilan karbohidrat sehingga berat anda mula turun
  3. Setiap masa anda berada dalam keadaan tegang (stres)
    • Stres akan meningkatkan hormon kortisol di mana ia akan meningkatkan rasa lapar dan keinginan untuk mengambil makanan yang tidak sihat.
  4. Tidak mengambil makanan sepatutnya
    • Kekalkan pengambilan daging, ikan, telur, sayuran dan lemak sihat sekiranya anda ingin turun berat badan. Mengambil protein sahaja adalah idea yang sangat teruk. Diet rendah karbohidrat, tinggi lemak dan sederhana protein adalah cara terbaik untuk menjanakan ketosis (keadaan hormon yang optimum untuk pembakaran lemak badan).
  5. Mengambil makanan kekacang secara berlebihan
    • Tidak dinafikan ia merupakan sejenis makanan yang sihat. Ia mengandungi sangat tinggi lemak, 70% kalorinya adalah dari lemak. Walaubagaimanapun kekacang sejenis makanan yang berpotensi untuk dimakan dengan kuantiti yang sangat banyak kerana ia lambat memberi rasa kenyang.
  6. Tidak tidur secukupnya
    • Kurang tidur boleh membuatkan seseorang itu merasa mudah lapar. Ia juga menyebabkan keletihan dan kurang motivasi untuk melakukan senaman. Mengikut kajian, tidur yang tidak cukup boleh membuatkan seseorang akan  lebih makan dan naik berat badan.
  7. Mengambil produk tenusu secara berlebihan
    • Sesetengah produk tenusu, walaupun rendah karbohidrat tetapi masih tinggi protein. Sepertimana karbohidrat, protein akan meningkatkan paras insulin, di mana ia akan meningkatkan penyimpanan tenaga dalam bentuk lemak. Antara produk tenusu yang terbaik adalah mentega (butter) kerana ia sangat rendah protein dan juga laktos dimana ia tidak akan meningkatkan insulin secara mendadak.
  8. Tidak melakukan senaman yang betul
    • Anda tidak sepatutnya melakukan senaman dengan sasaran untuk membakar kalori. Pembakaran kalori menerusi senaman adalah tidak begitu ketara kerana dengan mudahnya dapat diatasi oleh kalori makanan yang dimakan. Senaman boleh menurunkan berat badan dengan meningkatkan kesihatan metabolik, meningkatkan serat otot dan membuatkan anda rasa hebat.
  9. Mengambil terlalu banyak gula ‘sihat’
    • Sekiranya anda sedang mengamalkan diet rendah karbohidrat atau ketogenik, gula ‘sihat’ (seperti gula kelapa, gula tebu, madu dll) merupakan makanan tidak sihat sepertimana gula biasa. Ia mengandungi tinggi karbohidrat dan akan mencegah badan kita dari menyesuaikan (adapting) dengan diet rendah karbohidrat.
  10. Mempunyai masalah kesihatan
    • Sesetengah ubatan mempunyai kesan ke atas berat badan. Sila berjumpa dengan doktor anda untuk tindakan lanjut.
  11. Kerap makan
    • Tiada bukti yang menyatakan bahawa terdapat kelebihan dengan diet pengambilan sedikit makanan tetapi kerap sepanjang hari. Cuba pengambilan makanan secara sedikit atau terbaik dengan diet Intermittent Fasting.
  12. Terlalu kerap ‘cheat day’
  13. Mengambil terlalu banyak kalori
  14. Tidak mempunyai harapan yang realistik
    • Turun berat badan memerlukan masa yang lama dan tidak semua orang akan kelihatan seperti model fitness. Hilang berat 0.5 kg seminggu adalah sasaran yang realistik. Apa yang penting adalah kesabaran dan ketabahan.
  15. Kurang mengambil makanan dalam tempoh terlalu lama
    • Saya tidak fikir ia adalah idea yang baik untuk pengambilan makanan rendah kalori untuk jangka masa terlalu lama. Ini adalah kerana ia akhirnya akan merendahkan kadar metabolisme badan menyebabkan kegagalan untuk terus menurunkan berat badan malah mungkin meningkat sekiranya terlebih sedikit makan. Terbaik adalah Intermittent Fasting. Ia akan mengelakkan dari berlakunya adaptasi badan.

Semoga dengan perkongsian ini, ia dapat membantu rakan2 semua agar memperolehi badan yang diidamkan. Jangan lupa follow blog saya ini dengan memasukkan alamat email dan klik butang follow. Tq

#jomjadiorangsihat2

Rujukan: http://www.healthline.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s