Douche atau feminine wash. Benarkah ia membuatkan anda lebih bersih dan sihat atau sekadar penyedap perasaan?

💋Ramai di antara wanita pernah menggunakan feminine wash atau douching untuk meningkatkan kebersihan kawasan di bawah sana. ☝️Tapi pernahkah anda berfikir kesan di sebalik penggunaan produk atau pembersih tersebut.

Sepintas lalu

‘Vaginal douching’ ialah membasuh bahagian faraj dengan menggunakan air atau campuran cecair untuk menghilangkan bau dan ‘membersih’ nya. Kebanyakannya cecair pembersih tersebut adalah campuran air dan vinegar, tetapi sesetengah produk douch mengandungi penaik soda atau iodin. Segelintir juga mengandungi antiseptik serta wangian.

Antara alasan utama wanita menggunakan douche adalah:

  • 👉Untuk menghilangkan bau yang tidak selesa.
  • 👉Mencegah kehamilan.
  • 👉Membersih baki darah haid atau air mani selepas hubungan seks
  • 👉Mencegah jangkitan kelamin

Ketahuilah, 💥 douching akan menyebabkan kesan sampingan seperti rasa terbakar (burning) dan kerengsaan (irritation) serta komplikasi yang lain.

Hakikatnya douching tidak menjayakan maksud atau matlamat di atas.

Adakah ia selamat?

👁American College of Obstetric and Gynaecology tidak mengesyorkan wanita untuk menggunakan produk douching. Faraj anda telah direka secara semulajadi untuk mengekalkan keseimbangan pH. Ia dipenuhi oleh normal bakteria dan flora faraj, di mana ia akan membantu menghentikan jangkitan dan mencegah kerengsaan (irritations).

☝️Sekiranya anda menghilangkan atau mengurangkan bilangan bakteria sihat di dalam faraj, bakteria bermasalah akan mengambil peluang dan membiak di situ. Ini akan menyebabkan jangkitan dan komplikasi lain yang teruk.

Risiko douching

Douching akan menyebabkan keadaan semulajadi faraj terganggu. Antara komplikasi penggunaan douching adalah:

1) Masalah kehamilan

  • 👉Wanita yang mengamalkan douching mungkin akan mengalami masalah kelahiran pramatang, keguguran serta komplikasi kehamilan yang lain seperti kehamilan luar rahim atau sukar untuk hamil.

2) Jangkitan

  • 👉Memusnahkan bakteria semulajadi akan menyebabkan jangkitan yeast dan vaginosis bakteria. Douching juga akan menyebabkan jangkitan akan lebih teruk.

3) Penyakit Keradangan Pelvik (PID)

  • 👉PID adalah jangkitan pada sistem peranakan wanita. Douching meningkatkan risiko PID sebanyak 73%.

4) Cervicitis

  • 👉Ia adalah keradangan pada servik (pangkal rahim). Douching boleh meningkatkan untuk mendapat cervicitis.

Bagaimanakah cara yang terbaik dan selamat untuk kebersihan kawasan peribadi anda?

Cara terbaik untuk membersih faraj anda adalah dengan melakukan basuhan mudah semasa anda mandi 🧖‍♀️. Penggunaan sabun adalah tidak perlu, tetapi sekiranya ingin menggunakan sabun, pastikan sabun tersebut adalah jenis lembut dan tidak mengandungi wangian yang kuat. Bahan wangian dan kimia boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit sensitif kelamin anda.

  1. Dengan menggunakan sebelah tangan, bentukkan V dengan 2 jari pertama anda untuk memegang belakang kulit luaran faraj dan membuka kedua bibir faraj.
  2. Dengan menggunakan air suam, secara perlahan percikkan ke kawasan tersebut beberapa kali. Sekiranya ingin menggunakan sabun, gunakan sabun yang lembut, jangan gosok terlalu kuat lipatan faraj anda. Elakkan sabun tersebut dari memasuki ke dalam saluran faraj.
  3. Secara lembut dan perlahan bilas kawasan tersebut dengan air sehingga tiada baki sabun lagi.
  4. Keringkan dengan menggunakan tuala yang bersih.

Bila masanya anda perlu berjumpa dengan doktor?👩‍⚕️

Sebagai pengetahuan anda, bau semula jadi atau sedikit lelehan faraj adalah normal. Beberapa tanda yang perlu anda ketahui sebagai indikasi untuk berjumpa dengan doktor. Ia adalah seperti berikut:

  1. Terdapat lelehan faraj dengan bau yang kuat.
  2. Sekiranya lelehan faraj berwarna putih atau hijau kekuningan.
  3. Bau faraj yang berterusan dan tidak hilang setelah beberapa hari.
  4. Rasa terbakar, gatal2 dan kemerahan atau bengkak di dalam atau sekeliling faraj.
  5. Rasa sakit atau tidak selesa ketika hubungan seks.
  6. Rasa sakit ketika buang air kecil.

Bagaimanakah cara untuk mencegah faraj berbau🙊

Setiap faraj mempunyai bau semulajadi. Setiap wanita mempunyai bau yang berbeza dan boleh berubah-ubah dari masa ke semasa. Walaubagaimanapun, anda boleh mengurangkan bau tersebut dengan beberapa langkah mudah.

  1. Mengamalkan kebersihan yang betul
  2. Memakai fabrik yang telus udara (breathable)
  3. Menggunakan produk deodarance secara berhati2
  4. Jangan menggunakan pembersih yang kuat

Takeaway🚶‍♀️

Faraj anda adalah ‘self-cleaning’. Ia direkabentuk berupaya untuk menghilangkan air mani, darah dan cecair lain melalui lelehan semulajadinya. Anda tidak perlu membersihkannya dengan basuhan yang kasar atau kuat.

Sekiranya anda mengalami bau atau lelehan luar dari kebiasaan, jangan menggunakan douche untuk menghilangkannya. Sebaliknya, ambil temujanji dengan doktor untuk rawatan lanjut. Douching secara berterusan akan menyembunyikan masalah sebenar. Ia juga akan menjadikan komplikasi bertambah teruk pada faraj anda.

Sekian, semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua.

#jomjadiorangsihat2

#bolehsharetanpahad

#janganlupafollow

Rujukan: http://www.healthline.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s