Stress – Tips mudah yang perlu anda tahu.

stress

Ia adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan di dunia moden ini, stres boleh melemahkan pertahanan semula jadi badan, menyebabkan badan kita terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan. Ketahuilah, sesetengah nutrien, dan pelbagai herba dan pemakanan tambahan boleh mengembalikan ketenangan fikiran anda.

Terdapat pelbagai kesusahan yang boleh menjadi punca kepada stress: tekanan kerja, perpecahan keluarga, masalah kewangan, kejadian trauma, kecederaan atau penyakit. Badan kita berkeupayaan untuk bertindak balas terhadap sebarang stress, ia dikenali sebagai lawan atau lari (fight or flight), ia adalah suatu reaksi semulajadi di mana kelenjar adrenal mempersiapkan badan kita untuk berdepan dengan sebarang bahaya. Dua kelenjar kecil ini (keduanya berada di atas buah pinggang kita), akan mengeluarkan hormon adrenalin (hormon stres) sebagai pencetus segera tenaga dan kekuatan badan untuk menghadapi musuh atau menyelamatkan diri ke kawasan selamat.

Walaubagaimanapun, masalah akan timbul sekiranya stress ini berpanjangan. Paras hormon stress ini sekiranya kekal secara berpanjangan, ia akan menyebabkan kehabisan nutrien dan tenaga simpanan badan, menjadikan badan dalam keadaan keletihan.

Masalah komplikasi stress yang lain adalah:

  • Meningkatkan tekanan darah dan paras kolestrol (walaupun kini kolestrol bukanlah lagi satu faktor risiko untuk penyakit jantung)
  • Perut akan merembeskan lebih banyak asid – risiko gastrik atau ulcer perut
  • Merendahkan hormon sex
  • Otak akan kebuluran gula (gula adalah satu2nya bekalan tenaga untuk otak)
  • Menjejaskan kebolehan mental

Kesemua kesan ini akan mengganggu sistem imun badan, di mana ia akan melemahkan badan untuk melawan jangkitan dan penyakit.

Bagaimana pemakanan tambahan boleh membantu?

Kebolehan semulajadi badan mengatasi stress memerlukan pelbagai nutrien penting (badan kita memerlukan multivitamin & mineral setiap hari), sebarang pengurangannya akan menyebabkan gangguan pada kebolehan tersebut. Pengambilan vitamin B complex serta extra vitamin B akan meningkatkan kesihatan saraf & sistem imun badan untuk mengatasi keletihan akibat stress. Begitu juga dengan pengambilan kalsium & magnesium, kerana ia akan menghilangkan tekanan otot dan memperkuatkan jantung. Pengambilan ginseng Siberian dan Panax juga membantu.

Perkara lain yang boleh dilakukan untuk menghadapi stress.

  • Melakukan senaman secara kerap. Sebagai tambahan, cuba senaman pernafasan dan teknik relaksasi yang lain.
  • Tidak atau kurang pengambilan kafein dan alkohol kerana ia akan meningkatkan kegelisahan dan mengurangkan tidur anda.
  • Mendapatkan nasihat kaunseling dan terapi psikologi. Ia mungkin membantu.
  • Mengekalkan ikatan hubungan sosial – sokongan keluarga serta kawan2 rapat amat membantu dalam menghadapi stress.

Gejala2 Stress:

  • Keletihan, insomnia (kesukaran untuk tidur) atau kesukaran memberi tumpuan.
  • Gemuruh, agitation atau keterangsangan luar biasa.
  • Hilang selera makan, loya2, gangguan perut, cirit-birit atau sembelit.
  • Sakit kepala
  • Hilang keinginan seks
  • Cepat marah, kemarahan & kebencian luar dari kebiasaan serta sikap menjadi acuh tidak acuh.

#jomjadiorangsihat2

#bolehkongsitanpahad

#janganlupafollowdeh

Rujukan: The Healing Power Of vitamins, minerals & herbs (Reader’s Digest)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s