Kenali minuman harian anda yang boleh membantu mempercepatkan penurunan berat badan.

green-tea.jpg

Pada masa kini terdapat pelbagai jenis minuman yang boleh anda nikmati. Tidak kira ia minuman panas mahupun minuman sejuk. Dari perisa buah2an kepada minuman berkarbonat. Di sini saya ingin kongsikan bersama jenis minuman yang boleh memberi kebaikan kepada anda dalam menurunkan berat badan.

Ramai di antara kita telah berusaha untuk menurunkan berat badan  dengan mengubah cara hidup yang kurang sihat kepada cara hidup yang lebih sihat seperti diet kurang karbohidrat dan sebagainya. Minuman2 ini sekiranya diambil secara berterusan di samping amalan cara hidup yang sihat boleh membantu meningkatkan penurunan berat badan anda. Minuman seperti teh hijau, kopi dan minuman tinggi protein telah dilihat boleh meningkatkan metabolisma badan, mempercepatkan rasa kenyang dan mengurangkan rasa lapar, di mana semua ini boleh menggalakkan penurunan berat badan.

Okay, sekarang saya ingin kongsikan kepada anda 8 jenis minuman terbaik yang boleh diambil bersama diet sihat anda dalam menurunkan berat badan.

1) Teh HijauTidak hanya mengandungi antioksida dan nutrient terbaik, ia adalah minuman paling berkesan untuk menurunkan berat & tisu lemak badan. Teh hijau bertindak dengan meningkatkan metabolisma badan dan menggalakkan kehilangan tisu lemak. Selain dari itu, ia boleh menurunkan tekanan darah serta merendahkan risiko penyakit jantung, sesetengah kanser dan diabetes.

2) KopiIa kebanyakkan diminum bertujuan untuk meningkatkan tenaga dan untuk nikmat kepuasan. Kopi mengandungi kafein, sejenis bahan yang bertindak sebagai peransang (stimulant) dan boleh menurunkan berat badan. Ia mengurangkan pengambilan kalori dan meningkatkan metabolisma serta menggalakkan pembakaran lemak, di mana ini membantu menurunkan berat badan.

3) Teh Hitam (Black Coffe) –  Ia adalah sejenis teh yang telah mengalami lebih oksidasi (terdedah kepada udara) berbanding dengan jenis teh yang lain, ia mempunyai rasa yang lebih kuat dan lebih gelap warnanya. Teh hitam mengandungi tinggi polyphenols (antioksida) yang boleh mengurangkan berat badan.

4) Air KosongPeminuman air kosong akan membuatkan serta mengekalkan rasa kenyang (kesannya pengambilan makanan akan berkurangan) di antara 2 waktu makan dan meningkatkan bilangan pembakaran kalori.

5) Cuka EpalIa mengandungi asid asetik, di mana ia boleh merangsang penurunan badan dengan mengurangkan paras insulin, meningkatkan metabolisma, merencat selera makan dan meningkatkan pembakaran lemak. Selain itu, ia juga memperlahankan pengosongan perut di mana ini akan mengekalkan tempoh kekenyangan yang lebih lama dan boleh mengurangkan terlebih makan. Cadangan pengambilan cuka epal adalah 2 sudu besar (30 ml) setiap hari tetapi pastikan anda mengambil air kosong sebagai bilasan selepas itu kerana cuka ini boleh merosakkan gigi anda.

6) Teh HaliaKajian yang dijalankan terhadap manusia dan haiwan menunjukkan halia boleh meningkatkan rasa kenyang, merencat selera makan dan meningkatkan metabolisma, di mana ini membantu menurunkan berat badan.

7) Minuman Tinggi ProteinMinuman berprotein tinggi boleh membendung kelaparan, merencat selera makan dan meningkatkan rasa kenyang, di mana ini penting dalam menghilangkan lebihan berat badan. Kajian yang telah dijalankan kepada 90 orang dewasa yang lebih berat badan dengan pengambilan setiap hari 56 gm whey protein selama 23 minggu menunjukkan kehilangan berat badan lebih 2.3 kg berbanding kumpulan kawalan (tidak mengambil whey protein tetapi mengambil bilangan kalori yang sama).

8) Jus Sayuran –  Diketahui bahawa pengambilan jus buah2an telah dkaitkan dengan peningkatan berat badan, tetapi pengambilan jus sayuran boleh memberi kesan sebaliknya. Dalam 1 kajian, pengambilan jus sayuran bersama diet sihat telah berjaya mengurangkan pengambilan karbohidrat oleh kumpulan kajian tersebut. Ini memberi lagi kesan kepada penurunan berat badan.

Ringkasan

Sesetengah minuman seperti teh hijau, kopi dan teh halia boleh meningkatkan metabolisma, meminima rasa lapar dan meningkatkan kepuasan, semua ini akan membantu dalam pengurangan berat badan.

Menggantikan minuman berkalori tinggi seperti soda dan jus buah2an dengan minuman sepertimana senarai di atas adalah cara bijak untuk mengurangkan kalori dan menjayakan pengurangan berat badan anda.

Sekian, semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua.

#jomjadiorangsihat2

#bolehsharetanpahad

#janganlupafollow

Rujukan: http://www.healthline.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s