Ketagihan Gula – Kongsi langkah mudah yang boleh anda amalkan.

Ramai beranggapan bahawa manusia dan gula tidak dapat dipisahkan. Ia dianggap suatu keperluan utama badan kita. Benarkah begitu?

Kebanyakkan masyarakat kita mempunyai pengalaman ketagihan atau keinginan yang tinggi terhadap makanan manis (sugar cravings). Pakar-pakar kesihatan percaya bahawa inilah menjadi alasan atau sebab utama mengapa masyarakat kita sukar untuk mengamalkan pengambilan diet yang sihat.

Ketagihan atau ‘cravings’ ini disebabkan oleh keinginan (rewards) otak kita, bukannya keperluan sebenar badan kita untuk mendapatkan makanan. Sekiranya anda berkemampuan hanya mengambil sedikit makanan manis sebagai mengatasi ketagihan ini, ia tidak menjadi masalah. Tetapi sekiranya anda tidak berkemampuan mengawal diri, anda mungkin mengambil terlebih makanan sebaik anda menikmati makanan manis, ini akan memberi kesan buruk kepada kesihatan anda.

Ok, di sini saya akan kongsikan tips 3 langkah mudah untuk menghindari masalah ketagihan gula ini.

  1. Sekiranya anda lapar, ambil makanan yang sihatPenting untuk kita menyedari bahawa ketagihan adalah tidak sama dengan lapar. Ia bukan panggilan badan kita untuk tenaga, ia adalah panggilan otak kita untuk sesuatu yang boleh melepaskan dopamine di dalam sistem reward otak. Sekiranya anda mengalami ketagihan gula dan juga lapar pada masa yang sama, anda perlu memaksa diri anda mengambil makanan sihat dan bukannya makanan manis atau ringan yang lain.
  2. Mandi (Hot Shower) – Sesetengah orang yang mengalami ketagihan gula, mendapati mandian boleh mengurangkan ketagihan ini. Air mandian hendaklah menggunakan air panas tetapi tidak sampai ia membakar kulit anda. Biarkan air mandian mengalir di belakang badan dan bahu anda selama 5-10 minit.
  3. Mengambil angin segar dengan berjalan kaki (brisk walk) di luar rumah. – Ini memberikan anda 2 faedah iaitu; pertamanya anda akan menjauhi dari makanan di dapur anda; keduanya senaman boleh menghasilkan hormon endorphine atau kimia ‘rasa selesa’ di dalam otak anda, di mana ia boleh memberhentikan ketagihan gula ini. Sekiranya anda tidak boleh keluar dari rumah, anda boleh melakukan aktiviti seperti burpees, tekan tubi, body weight squats atau mana2 senaman angkat berat yang lain.

Perkara lain yang boleh dilakukan dan mungkin berkesan.

Saya yakin 3 langkah di atas mampu untuk menangani masalah ketagihan gula sekiranya dilakukan dengan betul.

Tetapi pilihan terbaik adalah dengan mencegah sebelum berlakunya ketagihan gula.

Pencegahan terbaik adalah; tidak menyimpan terus makanan ringan (junk food) di dalam rumah anda. Sekiranya makanan ringan ada berdekatan dengan anda, anda mungkin akan berdepan dengan masalah.

Sekiranya anda makan makanan sihat & bersenam beberapa kali dalam seminggu, peluang untuk anda mengalami ketagihan gula adalah tipis.

Di sini saya kongsikan lagi tips berguna untuk memberhentikan ketagihan gula ini.

  1. Minum segelas air masak. Sesetengah orang, dehidrasi boleh sebabkan ketagihan.
  2. Makan buah (sedikit jer), sebagai memberikan kepuasan. Seperti pisang, epal & oren.
  3. Hindarkan pemanis tiruan.
  4. Makan lebih protein.
  5. Berbual dengan kawan2.
  6. Tidur secukupnya.
  7. Hindarkan dari stress melampau.
  8. Hindar dari pencetus ketagihan seperti berjalan melalui kedai fast food dsb.
  9. Mengambil multivitamin. Ia akan mencegah dari kekurangan zat.
  10. Sedia dan sentiasa baca senarai mengapa anda perlu makanan yang sihat.

Antara kesan gula kepada kesihatan badan kita sekiranya ia berlebihan:

  • Badan akan menjadi cepat letih.
  • Lebihan gula akan ditukarkan kepada tisu lemak. Ini akan meningkatkan berat badan.
  • Menyebabkan kerintangan insulin iaitu punca kepada terjadinya Diabetes.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua.

#jomjadiorangsihat2

#bolehkongsitanpahad

#janganlupafollow

Rujukan: healthline.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s