Kolestrol – Punca penyakit jantung atau mempunyai kesan sebaliknya?

serum-cholesterol-represented-by-heart-next-to-stethoscope.jpg

Sejak sekian lama, kita semua telah diberitahu bahawa makanan tinggi kolestrol boleh menyebabkan penyakit jantung.

Walaubagaimanapun, banyak kajian terkini membuktikan adalah sebaliknya.

Kebanyakan kolestrol di dalam darah adalah dihasilkan oleh hati kita. Ketika anda mengambil makanan tinggi kolestrol, hati anda akan merendahkan penghasilan kolestrol. Ini menunjukkan bahawa, kolestrol di dalam diet anda hanya mempunyai kesan kecil (minor effects) sahaja terhadap paras kolestrol di dalam darah.

Kajian juga menunjukkan bahawa mengambil makanan berkolestrol tinggi tiada kaitan atau kesan terhadap serangan jantung atau pun penyakit angin ahmar (strokes).

Kebanyakan makanan tinggi kolestrol sebenarnya adalah di antara makanan paling sihat dan berkhasiat di atas muka bumi ini.

Di sini saya akan kongsikan 7 makanan tinggi kolestrol yang sebenarnya adalah ‘super’ sihat.

  1. KejuKeju adalah sangat lazat dan padat dengan nutrient. 1 ounce atau 30 ml keju mengandungi 27 gm kolestrol. Ia adalah tinggi secara perbandingannya. Walaubagaimanapun, keju juga penuh dengan nutrient yang lain. Selain itu, ia juga tinggi dengan lemak tepu, di mana mengikut kajian ia boleh meningkatkan kesihatan jantung. Kandungan keju yang mempunyai protein berkualiti dan rendah karbohidrat boleh membantu mengurangkan lemak badan, meningkatkan jisim otot dan mencegah kaviti gigi.
  2. TelurTelur adalah antara makanan yang paling berkhasiat di atas muka bumi ini. Telur mengandungi sangat tinggi kolestrol, di mana 2 biji telur secara keseluruhannya membekalkan 422 mg kolestrol. Ia juga membekalkan 13 mg protein, selenium [46% RDI (recommended dietary intake)], riboflavin, vitamin B12 dan choline. Tetapi ramai di antara kita melakukan kesilapan dengan membuang telur kuning yang kaya dengan kolestrol dan hanya mengambil telur putih sahaja. Telur kuning membekalkan hampir semua keperluan nutrient manakala telur putih hanya terdiri dari protein sahaja. Sebagai tambahan, telur kuning mengandungi antioksida seperti lutein dan zeaxanthin, di mana ia memberikan perlindungan mata dari penyakit seperti katarak dan degenerasi makular. Pengambilan keseluruhan telur sebenarnya boleh merendahkan risiko untuk sakit jantung di mana ia akan mengubah kolestrol LDL di dalam darah anda. Telur juga boleh merendahkan paras gula dalam darah, dan membuatkan anda rasa kenyang dan puas.
  3. HatiHati adalah suatu janakuasa nutrisi. Ia kaya dengan kolestrol. Sebagai contoh, 100 gm (3.5 ounces) hati lembu mengandungi 396 mg kolestrol. Ia juga membekalkan 28 gm protein dan kaya dengan vitamin dan mineral. Sebenarnya, ia juga mengandungi lebih 600% RDI untuk vitamin A dan lebih 1000% RDI untuk vitamin B12. Di samping itu, ia membekalkan 38% RDI untuk zat besi yang mudah serap. Sebagai tambahan, satu hidangan hati lembu mengandungi 426 mg choline, nutrien yang penting untuk membantu kesihatan otak, jantung, hati dan otot anda. Seperti keseluruhan telur, hati merupakan sumber choline terbaik di dunia. Ia penting kerana kebanyakan kita tidak mendapat nutrien ini secara secukupnya.
  4. Kerang-keranganKerang-kerangan adalah sangat lazat dan berkhasiat. Antara yang jenis begitu popular adalah ketam, udang, kupang dsb. Apa yang menariknya, ia adalah rendah lemak tetapi tinggi kolestrol. Sebagai contohnya, 100 gm (3.5 ounces) bahagian udang mengandungi 195 mg kolestrol dan hanya 1 gm lemak. Ia juga adalah sumber yang baik untuk protein, niacin yang sangat tinggi, vitamin B12 dan zat besi. Satu hidangan kerang-kerangan akan membekalkan lebih 50% RDI untuk selenium, suatu mineral yang mengurangkan keradangan dan boleh merendahkan risiko kanser prostat. Sebagai tambahan, ia juga adalah sumber terbaik untuk iodin, di mana ia penting untuk fungsi otak dan kelenjar tiroid.
  5. Minyak Ikan KodMinyak ikan kod membekalkan khasiat kesihatan yang luar biasa dalam bentuk pekat. Hanya 1 sudu besar, ia mengandungi 77 mg kolestrol. Ia juga mengandungi 270% RDI untuk vitamn A dan 338% RDI untuk vitamin D. Minyak ikan ini kaya dengan asid lemak omega 3, di mana ia akan merendahkan risiko untuk penyakit jantung dan pelbagai faedah yang lain. Ia juga memelihara kita dari sesetengah penyakit kanser. Selain itu, minyak ikan kod juga mengurangkan gejala rheumatoid arthritis dan kesakitan sendi.
  6. Anggota Dalaman Haiwan Yang LainSepertimana hati, organ dalaman lain juga seperti ginjal, hati dan jantung haiwan yang tinggi kolestrol dan kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral juga memberi khasiat yang sama. Sebagai tambahan, jantung haiwan mempunyai kandungan sangat tinggi CoQ10, di mana ia boleh mencegah penyakit seperti penyakit Alzheimer dan kegagalan jantung.
  7. SardinSardin sebenarnya merupakan makanan yang hebat. Ramai yang tidak menyedari bahawa ia mengandungi kolestrol yang tinggi. Hidangan 100 gm sardin mengandungi  142 mg kolestrol. 1 hidangan sardin membekalkan 25 mg protein, 68% RDI untuk vitamin D, 38% RDI untuk kalsium dan 75% RDI untuk selenium. Ia juga mengandungi 1480 mg asid lemak omega 3. Ini memberi pelbagai faedah kesihatan seperti kesihatan jantung, kesihatan otak, meredakan kemurungan dsb.

Kesimpulan

Diet tinggi kolestrol hanya mempunyai kesan yang minimal terhadap paras kolestrol dalam darah. Apa yang penting, ia tidak mempunyai kaitan dengan risiko penyakit jantung. Lemak badan juga akan berkurangan kerana dengan pengambilan kolestrol akan membuatkan anda mudah kenyang, ini mengelakan anda dari terlebih makan. Secara benarnya, makanan yang tinggi kolestrol merupakan suatu makanan yang ‘super’ sihat dan amat berkhasiat.

Nota:

  • RDI – Recommended Dietary Intake

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

#jomjadiorangsihat2

#bolehkongsitanpahad

#janganlupafollow

Rujukan: healthline.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s