Mentega dan marjerin, sama atau berbeza? Perkara asas yang patut semua tahu.

rb-composite-butterv2

Mentega dan marjerin sememangnya tidak asing lagi kepada kita semua. Pada mana2 musim perayaan, bahan ini begitu penting dan banyak digunakan sebagai tambahan kepada masakan, kek atau kuih muih anda. Ia juga sering dimakan sebagai sapuan pada hari2 biasa.

Sekarang ini terdapat begitu banyak maklumat yang kurang tepat di internet berkaitan dengan nutrisi pemakanan. Ini berlaku mungkin kerana maklumat tersebut berdasarkan kepada kajian yang lemah dan juga informasi yang tidak dikemaskini dan sudah ketinggalan zaman.

Mungkin informasi berkaitan pemakanan yang anda baca hari ini bertentangan dengan apa yang anda baca pada hari berikutnya.

Artikel pada kali ini akan memberikan sedikit panduan serta perbandingan di antara 2 bahan ini yang menjadi perbahasan di kalangan pakar2 pemakanan dan kesihatan.

APAKAH SEBENARNYA MENTEGA DAN MARJERIN

Mentega merupakan diet ruji tradisional yang diperbuat daripada krim. Ia kebanyakannya digunakan sebagai sapuan atau juga sebagai bahan untuk pembuatan kek, sos dan pastri. Oleh kerana ia dari sumber lemak tenusu yang padat, maka kebanyakan kandungan mentega adalah merupakan lemak tepu.

Marjerin pula merupakan suatu makanan proses yang direka untuk menghasilkan rasa dan rupa kelihatan seperti mentega. Marjerin diperbuat daripada minyak sayuran, di mana ia mengandungi lemak politepu. Secara asasnya, pada suhu bilik lemak sayuran adalah berbentuk cecair, para saintis pemakanan telah mengubah struktur kimianya untuk menjadikan marjerin dalam bentuk pejal sepertimana mentega. Sejak beberapa dekad yang lalu, proses yang dikenali sebagai hydrogenation telah digunakan untuk memejalkan minyak sayuran di dalam marjerin. Proses hydrogenation akan meningkatkan kandungan minyak lemak tepu, tetapi pada masa yang sama akan membentuk lemak trans yang tidak sihat sebagai hasil sampingannya. Para saintis telah membuat banyak kajian dan berjaya menemui satu proses yang dikenali sebagai interesterification di mana ia boleh mencapai hasil yang sama tetapi tanpa menghasilkan lemak trans sebagai hasil sampingan. Sebagai tambahan, marjerin moden mengandungi beberapa bahan tambahan seperti pengawet dan pewarna.

Mentega mengandungi pelbagai nutrient yang sesetengahnya tidak diperolehi di dalam makanan yang lain. Sebagai contohnya, mentega dari lembu rumput hijau mengandungi vitamin K yang berkaitan dengan peningkatan kesihatan tulang. Selain itu ia kaya dengan conjugated linoleic acid (anti kanser), butyrate (kesihatan usus) dan omega 3. Mentega dari lembu rumput hijau adalah lebih baik dan mengandungi lebih nutrient sihat berbanding lembu yang makan bijirin.

KESIMPULAN

Mentega dan marjerin kelihatan sama dan kedua2nya digunakan untuk tujuan sama di dalam masakan. Walaubagaimanapun, profil nutrisi keduanya adalah berbeza. Mentega mengandungi tinggi lemak tepu manakala marjerin pula kaya dengan lemak tidak tepu dan kadangkala mengandungi juga lemak trans.

Kesan kesihatan dari lemak tepu sekarang ini begitu kontroversi kerana ia kini kurang dikaitkan dengan penyakit jantung. Sebaliknya, para saintis setuju bahawa lemak trans, yang di dapati di dalam marjerin boleh meningkatkan risiko untuk penyakit pelbagai kronik.

Sekiranya anda memilih marjerin berbanding mentega, pastikan anda memilih jenama yang tanpa lemak trans dan diperbuat dari minyak sihat seperti minyak zaitun. Jika mentega merupakan kegemaran anda, pilihlah dengan membeli mentega yang diperbuat dari produk tenusu lembu rumput hijau.

Akhir sekali, saya secara peribadinya lebih suka makanan yang asli dan kurang menjalani proses.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua.

Blog berkaitan sebagai bacaan lanjut (sila klik)

#jomjadiorangsihat2

#bolehkongsitanpahad

#janganlupafollow

Rujukan: healthline.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s