Situasi TERKINI Penyakit Tangan, Kaki & Mulut. Apa ibu bapa perlu TAHU!!

Seorang kanak-kanak telah meninggal dunia disyaki Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) yang dilaporkan pada 28 Julai 2018. Kanak-kanak tersebut yang berumur 2 tahun 5 bulan, berasal dari Kampung Pangtray, Daro, Mukah, Sarawak.

Kita sebagai ibu bapa, terutamanya yang mempunyai anak-anak kecil perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko mereka dijangkiti seperti berikut:
a) Basuh tangan dengan sabun dan air bersih selepas menggunakan tandas, sebelum menyediakan makanan, selepas menukar lampin dan mencuci najis kanak-kanak.
b) Tutup mulut dan hidung semasa batuk dan bersin.
c) JANGAN berkongsi barangan peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, selimut, cawan, garpu, dan sudu.
d) Sentiasa mengekalkan kebersihan di rumah, pusat penjagaan kanak-kanak, tadika dan sekolah, dan persekitarannya.
e) Basuh semua alat mainan dan permukaan meja, kerusi, lantai, dan sebagainya, yang telah tercemar dengan air liur kanak-kanak.
f) Bawa kanak-kanak ke klinik atau hospital terdekat jika mereka mempunyai tanda-tanda atau simptom jangkitan.
g) Ibu bapa dinasihatkan agar tidak membawa anak-anak mereka ke tempat awam yang ramai seperti kolam renang, pasar, pusat membeli-belah, stesen bas, dan lain-lain.
h) Ibu bapa kepada kanak-kanak yang menunjukkan tanda-tanda atau gejala jangkitan, jangan menghantar kanak-kanak tersebut ke pusat jagaan kanak-kanak, taska, tadika atau sekolah. Kanak-kanak yang sakit harus dibawa ke klinik untuk rawatan.

hfmd-1

Sebagai langkah pencegahan, adalah amat penting para ibu bapa untuk melaksanakan lima (5) amalan di bawah bagi mengawal dan mencegah jangkitan HFMD.

1. Penjagaan kebersihan diri;
2. Amalan cuci tangan yang betul;
3. Penjagaan kebersihan persekitaran;
4. Pemeriksaan/saringan di pintu masuk (gatekeeping screening) taska / tadika / tabika / pra-sekolah dan sekolah; dan
5. Disinfeksi atau nyahkuman permukaan-permukaan yang tercemar.

Sekian dan terima kasih.

HFMD-1170x550

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s