Demam Kepialu – Jangan ambil mudah!

Demam Kepialu (Tifoid)

Apa Itu Demam Kepialu (Tifoid)?

Demam Tifiod adalah satu jangkitan bawaan makanan disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi (S. typhi). Bakteria ini terdapat di dalam darah, urin dan najis pesakit dan juga najis pembawa. Pembawa adalah seorang yang mempunyai bakteria tifoid tetapi tidak mempunyai gejala demam tifoid. Mereka ini sukar dikesan dan sentiasa mengeluarkan bacteria tifoid di dalam najis dan seterusnya menjangkiti orang lain.

Bahaya Demam Tifoid

  • Pesakit boleh mengalami pendarahan dan bahagian yang dijangkiti di dalam ususnya boleh pecah/bocor
  • Menyebabkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal dan secukupnya.
  • Dua (2) hingga 5 peratus kes menjadi “carrier” atau pembawa kronik kerana bakteria masih wujud dalam saluran biliari walaupun gejala telah tiada.

demam_kepialu2

Cara-cara Demam Kepialu Merebak

  • Melalui makanan dan minuman yang tercemar oleh najis manusia yang mengandungi bakteria Salmonella typhi.
  • Melalui makanan dan minuman yang di sediakan oleh pesakit dan pembawa.
  • Melalui hinggapan lalat yang membawa bakteria Salmonella typhi.
  • Menggunakan bekalan air tidak bersih.

Tanda-tanda dan Gejala

  • Demam panas berpanjangan
  • Sembelit
  • Sakit kepala
  • Cirit birit
  • Sakit perut
  • Sakit badan / lemah / letih lesu
  • Kurang selera makan
  • Mata layu dan cengkung
  • Tidak sedarkan diri dan meracau
  • Ruam (bintik merah pada bahagian atas badan)

Langkah-langkah Kawalan Demam Kepialu oleh Pengendali Makanan
 

1. Mengendalikan makanan mengikut tatacara pengendalian makanan selamat dengan memastikan:

  • Premis makanan bersih
  • Telah menghadiri kursus pengendalian makanan.
  • Telah mendapat suntikan vaksin tifoid.
  • Sentiasa memakai apron yang bersih serta penutup kepala dan kasut yang bertutup semasa mengendalikan makanan.
  • Bahan mentah untuk masakan mestilah segar.
  • Proses nyahbeku daging atau ayam perlu sempurna.
  • Mencuci makanan dengan menggunakan air terawat yang mengalir
  • Masak menggunakan air terawat
  • Makanan perlu dimasak dengan sempurna sehingga suhu didih.
  • Makanan yang telah dimasak diasingkan dari yang mentah.
  • Makanan yang telah dimasak hendaklah disimpan dalam bekas bertutup untuk mengelakkan urungan lalat.
  • Menghabiskan makanan dalam masa 4 jam selepas ia disediakan.
  • Makanan yang disimpan pada suhu 0oC – 4oC
  • Makanan yang dipanaskan semula melebihi suhu 60 oC.
  • Menggunakan penyepit atau sudu yang bersih untuk menghidangkan dan mengambil makanan.

2. Menjaga kebersihan diri termasuk membasuh tangan sebelum menyediakan makanan dan selepas ke tandas.

3. Menggunakan tandas yang sanitari (bersih dan sempurna).
4. Sentiasa memastikan air minuman menggunakan air yang telah dididihkan atau boleh menggunakan air minuman berbungkus.
Rujukan: infosihat.gov.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s