Perkara yang wajib anda tahu sebelum ke Tanah Suci

img_2696.jpg
Gambar Hiasan

Alhamdulillah, sejak akhir2 ini semakin ramai di kalangan kita telah berjaya memijakkan kaki masing2 ke Tanah Suci, baik untuk menunaikan haji ataupun mengerjakan umrah.

Sepertimana yang diketahui, keadaan di sana amat berbeza sekali dengan keadaan di tanah air. Suasana ini mungkin boleh mengancam kesihatan kita. Lebih2 lagi kepada mereka yang berisiko tinggi seperti pengidap penyakit paru2 (asma dsb), jantung, diabetes, darah tinggi dan lain2 lagi.

Kali ini saya ingin berkongsi sedikit maklumat yang boleh dikatakan penting juga sebagai persediaan asas para jemaah sebelum anda melangkah ke sana nanti.

Amalan yang saya amalkan semasa 2 kali bertugas di sana adalah dengan mengamalkan pemakanan supplement sebelum, semasa dan selepas ke Tanah Suci. Antaranya ialah mengamalkan pengambilan Vitamin C, Garlic dan Multivitamin. Sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum berangkat ke sana. Ini dapat membantu dalam peningkatan sistem antibodi atau pertahanan badan anda.

Semasa di sana, pastikan sentiasa memakai penutup muka sebaik anda keluar dari penginapan masing-masing. Kecuali wanita yang sedang berihram. Sentiasa menggunakan alas atau sejadah kecil ketika solat untuk menghindarkan dari anda menyedut habuk lantai ke dalam paru-paru anda. Tak lupa juga sentiasa minum air zam-zam yang disediakan.

Sekiranya anda telah mengalami batuk atau demam selsema, anda perlu sentiasa memakai penutup muka walaupun berada di tempat penginapan. Jangan lupa untuk mendapatkan rawatan. Selain itu, sentiasa menutup mulut serta menghadap ke arah lain semasa batuk. Ini bertujuan untuk mengelakkan ia berjangkit kepada rakan sebilik atau mana-mana rakan anda. Kerana apabila anda sembuh, mungkin anda akan mendapat kembali penyakit tersebut dari rakan anda. Dan ia akan berterusan jangkit menjangkiti.

Immunisasi

1. Imuninsasi Wajib:

Meningococcal Quadrivalent (ACYW-135) Vaccine

  • Suntikan wajib untuk semua jemaah haji – arahan pihak berkuasa Arab.
  • Perlu diambil sekurang-kurangnya dua minggu sebelum ke Tanah Suci.
  • Dapat mengekalkan daya imuniti tubuh selama dua (2) tahun.
  • Sila dapatkan dengan percuma di hospital / klinik kerajaan sahaja (rujuk Pejabat TH berhampiran). – Percuma hanya untuk jemaah haji, jemaah umrah perlu pembiayaan sendiri.

2. Imunisasi Pilihan (dibiayai sendiri oleh Bakal Haji)

Bakal jemaah haji amat digalakkan mengambil suntikan Imunisasi pilihan ini untuk membina daya pertahanan badan melawan penyakit sebagaimana yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu

i) Influenza Vaccine

  • Terbaik diambil sebulan sebelum berangkat ke Tanah Suci.
  • Selamat diambil kecuali mereka yang alergik terhadap telur.
  • Bakal Haji/Umrah berumur 50 tahun ke atas atau mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti lelah, kencing manis, sakit paru-paru, sakit ginjal, endokrin amat digalakkan mengambil vaksin ini.
  • Dapat mengekalkan daya imuniti tubuh selama 1 tahun.

ii) Pneumokokus Vaccine

  • Bakal Haji/Umrah berumur 50 tahun keatas atau mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti lelah, kencing manis, sakit paru-paru, sakit ginjal, endokrin amat digalakkan mengambil vaksin ini untuk mencegah radang serius di paru-paru yang disebabkan oleh bakteria.
  • Penyakit ini merupakan penyakit utama dikalangan kanak- kanak dan warga tua di Tanah Suci.
  • Dapat mengekalkan daya imuniti tubuh selama 5 tahun.

Tips Semasa di Tanah Suci

  • Amalkan kebersihan diri
  • Amalkan adab batuk
  • Kerab cuci tangan
  • Elakkan berada di tempat yang sesak
  • Jauhkan diri sekurang2nya 1 meter dari mereka yang bergejala
  • Sentiasa pakai penutup hidung dan mulut
  • Dapatkan rawatan dengan segera jika demam, batuk dan sukar untuk bernafas

Perhatian kepada mereka yang baru pulang dari Tanah Suci atau Negara-negara Timur Tengah. Cegah Jangkitan MERS-CoV

Sila pantau keadaan kesihatan dan berwaspada jika anda mengalami gejala-gejala berikut:

  • Demam
  • Batuk
  • Selesema
  • Sakit tekak

Amalkan langkah-langkah pencegahan berikut:

  • Gunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Buang tisu kotor dalam tong sampah.
  • Cuci tangan dengan air dan sabun ATAU gunakan bahan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) selepas batuk atau bersin. Jaga kebersihan diri sepanjang masa.

Jika gejala berterusan atau bertambah teruk:

  • Jarakkan diri dari orang lain
  • Pakai penutup mulut dan hidung
  • Dapatkan rawatan segera

Semoga berkongsian ini menjadi panduan anda semua. Tq

Semoga tuan2 dan puan2 mendapat haji/umrah yang mabrur. Insha Allah

#jomjadiorang2sihat

#selamatmenunaikanumrah

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s