Ingin KURUS? Diet Rendah Karbohidrat: Bagaimana ia bertindak

Apa yang anda cipta untuk makan?

Manusia mengalami evolusi sejak berjuta-juta tahun dahulu sebagai pemburu, tanpa mengambil makanan yang tinggi kandungan karbohidrat. Manusia pada awalnya memperolehi makanan semulajadi secara berburu, menangkap ikan dan mengumpul makanan yang dijumpai. Makanan yang dimakan ketika zaman awal ini tidak terdiri daripada unsur kanji tulen sepertimana roti, pasta, nasi atau kentang. Manusia hanya mula mengambil makanan kanji tulen hanya sekitar 5000 ke 10000 tahun dahulu sejak bermulanya aktiviti pertanian.

Dengan bermulanya Revolusi Industri, 100-200 tahun dahulu, kita mempunyai kilang2 boleh menghasilkan jumlah yang banyak gula tulen dan tepung putih. Karbohidrat tulen yang mudah dan amat cepat dicerna.

Pada tahun 80an, dunia barat telah dicengkam oleh rasa ketakutan kepada lemak. Maka bermulalah terhasilnya produk2 rendah lemak di pelusuk tempat. Tetapi sekiranya anda makan kurang lemak anda perlu makan lebih karbohidrat untuk merasa kenyang. Maka sejak inilah sejarah bermula berlakunya epidemik obesiti dan diabetis (kencing manis). Negara yang mula2 mengalami epidemik ini adalah Amerika Syarikat dan kadar obesiti yang tinggi masih kekal hingga sekarang.

Hari ini, secara jelasnya ketakutan kepada  makanan tinggi kandungan lemak semulajadi adalah suatu kesilapan yang besar.

Masalah gula dan kanji

Semua karbohidrat boleh hadam akan dipecahkan kepada gula mudah di dalam usus. Gula tersebut akan diserapkan ke dalam salur darah, ia akan meningkatkan paras gula di dalam darah. Peningkatan paras gula ini akan menghasilkan hormon insulin, iaitu hormon penyimpan lemak.

High-Low-Insulin

Insulin ini dihasilkan oleh organ pankreas. Insulin dalam kandungan yang tinggi akan menghalang pembakaran lemak dan akan menyebabkan nutrien lebihan disimpan di dalam sel lemak. Selepas seketika (beberapa jam atau kurang) ini akan menghasilkan kekurangan nutrien di dalam darah, mencipta perasaan lapar dan keinginan kepada sesuatu yang manis. Biasanya pada titik inilah orang ramai akan kembali makan. Ini akan memulakan kembali proses: kitaran ganas menuju kepada peningkatan berat badan.

Sebaliknya, pengambilan rendah karbohidrat akan memberikan anda paras gula di dalam darah yang rendah dan lebih stabil dan juga paras insulin yang rendah. Ini akan meningkatkan pengeluaran lemak dari simpanan lemak dan juga peningkatan pembakaran lemak anda. Ini akan menyebabkan kehilangan lemak, terutama di sekeliling pinggang anda.

Kehilangan berat tanpa berlapar

Diet LCHF (low carb high fat @ rendah karbohidrat tinggi lemak) memudahkan badan anda untuk menggunakan simpanan lemak, dimana pengeluarannya tidak lagi dihalang oleh paras insulin yang tinggi. Mungkin inilah suatu alasan mengapa makan lemak menyebabkan perasaan kenyang lebih bertahan lama berbanding dengan makan karbohidrat. Ini telah ditunjukkan dalam beberapa kajian: When people eat all they want on a low carb diet caloric intake typically drops.

Maka tiada keperluan untuk mengira bilangan mahupun berat makanan. Anda boleh melupakan tentang kalori dan perlu mempercayai perasaan lapar dan kenyang anda. Sekiranya anda tidak mempercayainya, hanya dengan percubaan untuk beberapa minggu sahaja dan anda boleh saksikannya sendiri.

Kesihatan sebagai bonus

Kajian saintifik menunjukkan bahawa pengambilan rendah karbohidrat tidak hanya mengawal berat badan tetapi ia juga mengawal tekanan darah, paras gula dalam darah dan kandungan kolestrol (HDL, trigliseride). Ia juga memberi pengalaman perut yang aman dan kurang keinginan kepada makanan manis.

Kesan sampingan peringkat awal

Sekiranya anda berhenti dari pengambilan gula dan kanji anda mungkin mengalami beberapa kesan sampingan bilamana badan anda cuba menyesuaikan keadaan. Untuk kebanyakan orang kesan sampingan ini mungkin ringan dan kekal untuk beberapa hari.

Kesan sampingan dalam minggu pertama:

  • Sakit kepala
  • Letih
  • Pening
  • Berdebar2
  • Cepat marah

Kesan sampingan ini akan hilang dengan cepat bilamana badan anda dapat menyesuaikannya serta peningkatan pembakaran lemak anda. Kesan ini boleh diminimakan dengan mengambil lebih minuman dan juga peningkatan sementara pengambilan garam.

Makanan tinggi karbohidrat akan meningkatkan pengekalan air dalam badan anda. Bila anda berhenti pengambilan makanan tinggi karbohidrat anda akan kehilangan lebih air melalui ginjal anda. Ini akan menyebabkan dehidrasi dan kekurangan garam semasa minggu pertama sebelum badan anda dapat menyesuaikannya.

Sesetengah orang lebih suka untuk mengurangkan pengambilan karbohidrat secara beransur2, sepanjang beberapa minggu, untuk mengurangkan kesan sampingan. Tetapi “Nike way” (Just Do It) adalah mungkin pilihan terbaik untuk kebanyakan orang. Mengeluarkan kebanyakan gula dan kanji sering menghasilkan kehilangan beberapa kg dalam tempoh beberapa hari. Ia mungkin adalah merupakan kehilangan air tetapi ia adalah suatu motivasi yang hebat.

#jomjadiorangsihat2

#bolehkongsitanpahad

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s