Diet Sihat

lost-weight-2.jpg

JOM BUANG LEMAK

Ramai antara kita telah cuba berbagai cara untuk mengurangkan berat badan serta ingin mengekalkan tahap kesihatan yang lebih baik.

Berjayakah anda?

Sebelum ini saya juga telah cuba berbagai cara untuk mengurangkan berat badan saya, tetapi semuanya kurang berkesan serta sukar untuk mengekalkannya.

Alhamdulillah akhirnya saya telah memperolehi cara yang berkesan untuk mengurangkan berat badan saya. Berat saya ketika itu adalah 98.8 kg.

Setelah saya mengamalkan cara tersebut, kadar penurunan berat badan saya adalah lebih kurang 0.5 kg seminggu atau 2 kg sebulan. Kini berat saya adalah 80 kg (hilang 18 kg).

Sebelum dan selepas

Di sini saya ingin kongsikan tips yang mudah untuk mencapai matlamat anda.

Kombinasi amalan saya adalah seperti berikut:

  1. Intermittent Fasting (IF)
  2. Diet Rendah Karbohidrat dan Tinggi Lemak (LCHF)
  3. Senaman

Dengan 3 amalan ini telah menyebabkan saya loose weight secara natural tanpa perlu mengambil sebarang ubatan ataupun sebarang belanja malah ia menjimatkan.

Selamat mencuba…

Pinggan Sihat Kementerian Kesihatan Malaysia

Kembali