Getah Betik – Oh ye ker?

Di musim buah-buahan tak kesah lah musim durian ker, musim rambutan ker ramai antara kita akan balik kampung untuk dapatkan buah-buahan yang segar. Harga buah-buahan tempatan kalau kat bandar memang harganya sedikit mahal berbanding di kampung-kampung. Kalau di kampung atau lebih-lebih lagi kalau dapat masuk kebun, mungkin dapat harga jauh lebih rendah.

Kalau di musim kelembapan tinggi, kebanyakan kebun akan di tumbuhi rumput-rumput yang tebal. Di sebalik rumput tebal inilah ramai antara kita akan bersua dengan satu kehidupan yang dikenali sebagai pacat. Mungkin ada di antara kita tidak kenal atau pernah digigit pacat. Bagi yang sudah biasa ia tiada masalah. Biasanya selepas digigit oleh pacat ia akan meninggalkan luka yang berdarah yang seringkali lambat membeku. Ini adalah kerana pacat akan merembeskan antipembekuan semasa gigitannya supaya ia dapat menghisap darah dari badan kita. Ini akan menyukarkan kita kerana darah tersebut akan terus mengalir dalam jangka masa yang lebih lama dari kebiasaanya.

Apa nak saya kongsikan adalah tips untuk cepat menghentikan pendarahan tersebut. Untuk pengetahuan anda, getah betik jika disapukan pada tempat luka tersebut akan segera mengaktifkan pembekuan setempat serta menghentikan pendarahan tersebut.

Selain itu, antara lain faedah getah betik adalah:

  • Menyembuhkan tumit pecah
  • Menyembuhkan kulit melepuh
  • Mengubat luka
  • Mengurangkan sakit gigi
  • Merawat ketumbuhan kulit (papilloma)

Selamat mencuba.. terima kasih.