Intermittent Fasting (IF)

PENGENALAN

Ramai antara kita masih tertanya-tanya pada waktu manakah sesuai untuk kita makan. Ada yang kata makan pagi dan ada pula yang mengatakan makan malam.

Mari kita fikirkan…

  1. Sarapan (Breakfast)
  2. Makan Tengah Hari (Lunch)
  3. Minum Petang (High Tea)
  4. Makan Malam (Dinner)
  5. Makan Malam Sebelum Tidur (Supper)

Antara masa makan di atas, manakah masa makan paling bagus dan yang mana  sebaliknya?

Pernahkah anda mendengar kaedah atau diet Intermittent Fasting (IF)?

Berkesankah teknik diet ini dalam membantu saya untuk kurangkan berat badan? Mungkin ada yang tak pernah mengetahui apa itu Intermittent Fasting(IF). Diet ini sebenarnya bukanlah perkara baru. Malah ia telah dipraktiskan zaman berzaman. Kaedah ini telah terbukti berkesan kerana ia bukan sahaja membantu dalam membakar lemak dan masa yang sama ia juga turut membina otot-otot tubuh badan.

APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN INTERMITENT FASTING?

Dari segi perkataan ‘fasting’, ia adalah bermaksud puasa. Beerti tidak mengambil sebarang makanan. Tetapi IF ia sedikit berbeza dengan amalan puasa yang diamalkan oleh masyarakat Islam. IF adalah tidak boleh mengambil sebarang bentuk makanan yang berkalori dalam sesuatu tempoh kecuali air kosong sahaja.

Terdapat pelbagai cara atau tempoh untuk mengamalkan IF. Namun secara asasnya kitaran IF ini terbahagi kepada 2 fasa iaitu Fast (puasa) dan Feed (makan atau berbuka). Apa yang saya amalkan adalah 16 jam puasa dan 8 jam makan.

Sebagai contoh,

Apa yang saya amalkan adalah sepertimana berikut:

  • Makan Tengahari – 1.00 pm
  • Makan Malam – sebelum 9.00 pm

Saya berpuasa (hanya minum air kosong sahaja) adalah dari pukul 9.00pm hingga 1.00pm esoknya iaitu selama 16 jam. Manakala tempoh makan saya adalah dari pukul 1.00pm hingga 9.00pm.

Antara kebaikannya adalah:

  • Meningkatkan kecerdasan dan tumpuan pemikiran
  • Hilang dan turunkan berat dan lemak badan
  • Menurunkan paras insulin dan gula dalam darah
  • Memulihkan penyakit Diabetes Jenis 2
  • Meningkatkan tenaga
  • Meningkatkan pembakaran lemak
  • meningkatkan hormon tumbesaran
  • Menurunkan paras kolestrol dalam darah

Sila Lihat – Diet Rendah Karbohidrat dan Tinggi Lemak

Kembali